~ PeRMaTa HaTi Ku ~

~ Erti Sebuah Kehidupan ~

Jumaat, 17 Jun 2011

~ Maksud Hari & PeRiSTiWa Nya ~

Salam..Sebelum ni Cik Fara de cite tentang tanda kematian..
Sekarang cik fara nak cte sal Maksud hari yg kite lalui selalu & peristiwa nya..
petikan ni cik fara ambil dari sebuah blog..
thanks kepada tuan blog,,sebab bg share..
hehehe..cik fara copy & paste jerk..huhuhu..
jom kite tgk??



Hari Ahad


Adalah hari yang baik untuk bertanam dan melakukan pembinaan kerana pada hari itu Allah SWT telah memciptakan dunia dan membangunkannya.

Peristiwa :-


1. Penciptaan tempat jalan bintang-bintang
2. Penciptaan bintang-bintang yang bergerak
3. Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat
4. Penciptaan tujuh lapis bumi
5. Penciptaan tujuh lautan yang terbesar
6. Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia
7. Penciptaan tujuh hari dalam seminggu

Hari Isnin

Adalah hari yang baik untuk bermusafir dan berniaga kerana pada hati itu Nabi Syith telah bermusafir dalam urusan perniagaan dan pada hari Isnin beliau telah mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaannya.

Peristiwa :-


1. Nabi Idris a.s. naik ke langit
2. Nabi Musa a.s. pergi ke Gua Thursina
3. Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
4. Lahirnya Rasulullah SAW
5. Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW
6. Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
7. Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin

Hari Selasa

Hari Selasa adalah hari berdarah kerana pada hari itu Siti Hawa mula berhaid,dan pada hari itu juga mula-mula berlakunya pembunuhan di bumi ini iaitu antara anak Nabi Adam AS,Qabil membunuh Habil.

Peristiwa :-


1. Jurjais a.s dibunuh
2. Wafatnya Nabi Yahya a.s.
3. Wafatnya Nabi Zakaria a.s.
4. Meninggalkan tukang sihir Firaun
5. Meninggalnya Asiah isteri Firaun
6. Sapi Bani Israil disembelih
7. Meninggalnya Habil putera Adam a.s.

Hari Rabu

Adalah hari kebinasaan yang berkekalan kerana pada hari itu Allah SWT telah menenggelamkan Firaun bersama kaumnya.Kaum nabi Saleh AS iatu kaum Samud dan kaum 'Ad juga telah dibinasakan Allah SWT pada hari Rabu.

Peristiwa :-


1. Kehancuran Auj bin Unuq
2. Kehancuran Qarun
3. Kehancuran Firaun
4. Kebinasaan Namruz bin Kan'an
5. Kehancuran Syadad bin 'Aad
6. Kehancuran kaum Saleh a.s
7. Kebinasaan kaum Hud

Hari Khamis

Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekelian hajat,bahawasanya pada hari itu Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir,maka raja Mesir telah menunaikan hajat nabi Ibrahim AS dan mengembalikan isteri beliau Siti Sarah.

Peristiwa :-


1. Nabi Ibrahim a.s menghadap Raja Mesir
2. Tukang memberi minum Raja Mesri memperolehi kebebasan
3. Saudara-saudara Yusuf a.s menemuinya
4. Ya'akub datang ke Mesir
5. Bunyamin datang ke Kota Mekah
6. Nabi Musa masuk ke Mesir
7. Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah

Hari Jumaat

Hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Peristiwa :-


1. Pernikahan antara Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dengan Shafrawa
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali a.s dengan Siti Fatimah

Hari Sabtu

Adalah dinamakan hari tipu daya, kerana pada hari itu orang kafir Quraisy telah melakukan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Peristiwa :-


1. Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh a.s
2. Tipu daya kaum Saleh a.s terhadap unta Nabi Saleh a.s
3. Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Nabi Yusof a.s
4. Tipu daya Firaun terhadap Nabi Musa a.s
5. Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW
7. Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT






~ Sekian..Harap korang suka baca ni..thanks sbb membaca..love u!! ~ 






0 ulasan:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

~ Setia Bersama ~


.: Frenzy . Fm :.
Mesti Gempak Punya!~
MINTA LAGU